Tuesday, February 19, 2013

Politik : PAS VS UMNO

Assalamualaikum

Nampak matang kan tajuk tu. Mungkin aku bukanlah insan yang layak nak kupas or nilai topik-topik ni, belum layak mengundi. Tapi sebagai suara minoriti yan entah siapa yang akan baca coretan ikhlas mahasiswa tempatan yang punya pendapat sendiri. Ye, memang semua orang punya pendapat peribadi. Atas dasar pendidikan yang telah mencorak dalam diri ini, aku semakin keliru dengan corak pemerintahan dan polemik politik negara.

Pertama, aku cuba menilai makna asal demokrasi. Secara mudah demokrasi membawa maksud kerajaan yang diperintah oleh rakyat. Haa, Malaysia pula mengamalkan demokrasi tak langsung. Nak lebih penjelasan pasal demokrasi ni boleh cari sendiri ye. Biasanya menteri-menteri dilantik sebab akrab dengan presiden parti dan kelayakan minima menyandang jawatan anggota parlimen so tak ramai lah yang dilantik sebab merit kecemerlangan dalam pendidikan. Tak percaya? Sila boleh banding menteri-menteri Malaysia dengan negara maju. Ops.. mohon jangan halau saya ke negara orang. perbandingan itu perlu bagi tambah baik.

Kedua, Islam sebagai modal perjuangan yang dipolitikkan. haa. apa yang anda fikirkan? mungkin anda fikir saye nak kondem PAS kan. Ye memang. Haha. Aku masih keliru kenapa perlu penggabungan dengan parti yang anda sudah sedia maklum itu. Dalam hal ni. aku lebih nak kondem penyokong mereka yang kononnya memperjuangkan Islam, tapi menghina corak perjuangan orang lain dan pendakwah yang tak menyokong mana2 yang cuba bagi nasihat pon kena bantai. Bagi aku lah kan, bagi membuktikan kita benar bukan dengan mencari kesalahan dan memburukkan orang lain. Tak kira lah kalau orang lain burukkan kita, tapi perbaikilah dengan kebenaran. Usaha penyokong ekstrim yang menilai tak sokong PAS tak Islam, nak negara ISLAM kena sokong PAS. Bagi aku lagi lah kan, Islam tu pada diri, ubah diri dulu. Sikap dan perangai serta mentaliti, baru para muslimin dipandang mulia sebab Islam tu sendiri dah cukup indah dan sempurna. Kita kan sesama Islam. Tak perlu rasanya Islam Pas or Islam Umno.

Ketiga, duit untuk rakyat. haa. Apa lagi? Sudah terang lagi kan bersuluh. Siapa yang tak suka duit, lagi-lagi aku yang mata duitan dan materialistik ni. Tapi istilah duit kerajaan mungkin perlu ubah sebab tu memang duit rakyat. Rakyat janganlah terlalu seronok dengan limpahan insentif yang diterima sebab tu semua kena bayar balik ye. dia macam rotation. bersedialah dengan kenaikan harga barang cukai semua bagai. Rakyat yang mengharap sangat bantuan tu berubahlah, orang yang berharta memang boleh beri anda bantuan tapi berusaha lah memperbaiki kewangan jangan hanya menagih simpati. sikap pemimpin yang tamak dengan harta nak kaya, apa yang anda dapat akhirnya? berjuta nasib rakyat nak jawab nanti kat sana. bila anda diberi amanah, berlaku adil lah. Andai yang dikejar tu kemajuan, nanti korang nak makan ke bangunan2 tu, mesin tu? usaha mempertingkatkan hasil pertanian jangan diabai. Percayalah, kalau Malaysia maju dengan pertanian, banyak harga barang boleh turun, selagi mana banyak bangunan je buat, nampak hebat tapi kalau minda rakyat masih cetek, fikirlah.

Keempat, pandai bercakap tapi tak mengundi. inilah yang banyak berlaku. bukan main lagi sokong sana sini. tapi akhirnya tak buat apa. lepas tu bising lebih. korang boleh tengok statistik pengundi Melayu, Cina dan India. Anda layak memilih pemimpin anda, tak kiralah anda minat atau tidak dengan politik, tak nak ambil tahu ke, tapi ini melibatkan diri anda, keluarga, masyarakat, negara. Haa... nampak impak dia. . jangan banyak bising pulak nanti. Ingat, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya takluk Kota Konstantinopel selepas 800 tahun, bukan bermakna pemimpin sebelum beliau duk rehat dalam istana, mereka berjuang mengorban nyawa bagi memudahkan usaha menakluki kota tersebut. Bagaimana Presiden Mursi boleh menang selepas 80 tahun ikhwanul muslimin dirancang oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana yang masa tu tak sempat pun nak mulakan.

Konklusinya, mungkin terlalu lama Umno memegang tampuk pemerintahan, dengan tempoh itu, bukan mudah untuk mana-mana parti lakukan perubahan drastik. Yang penting perubahan tu harus berlaku dalam diri kita sendiri, kalau tak, ubahlah mana-mana kerajaan sekalipun, kita tak fleksibel menerimanya. Contoh macam kat Mesir. Mungkin ada yang keliru dengan perjuangan Melayu dan Islam, tapi bagi aku lagi best kalau dua-dua ni bergabung. Penilaian bukan hanya lihat sebelah pihak, tapi nilai lah dari semua pihak terlibat. Anda yang layak mengundi tu dah besar, boleh fikir kan. Penting untuk saya ingatkan, saya belum layak mengundi, dan bila dah layak undi saya satu je, undi kan rahsia, tak salah rasanya untuk pergi ke mana-mana parti mendengar hujah untuk mudah nak nilai dengan jelas. jangan label bila pergi sana dia sokong itu ini. sekali lagi, undi kan rahsia.

Apapun, pelihara lah solat, jagalah hubungan sesama insan dan alam, jangan nanti ada yang menangguk di air yang keruh. Peace no War! :p

Saturday, February 16, 2013

Peramah

Peramah..

Bagi insan insan yang sudah mengenali diri aku mungkin tahu lah, aku ni peramah sebenarnye. Acewah. First impression, ramai cakap ingat aku ni macam ni lah macam tu la. *nampak sangat banyak ngata belakang kan* bila dah kenal dikatanya gila -.-

Mungkin sebab gaya luaran yang kurang mesra, mahal dengan senyuman mungkin, muka blur, tapi bukan aku tak nak senyum apatah lagi nak bermasam, tapi bak kata Miss Khaizan pensyarah fizik masa kat Asasi UiTM dulu, sebenarnya kita memaparkan wajah relax... ye beliau sangat memahami pelajar, jiwa kami sama. *over* kalau korang kenal Miss Khaizan ni, memang nampak macam garang tapi kami sangat rapat dengan beliau, nampak chemistry kat situ walau beliau ajar fizik. Haa.

Kembali kepada tajuk asal, peramah, aku memang banyak cakap. Hehe. Banyak advantage sebenarnye, contoh kalau ramah dengan akak-akak, abang-abang, makcik pakcik penjual makanan kat kafe atau mana-mana je lah, dapatlah kurang harga takpon dapat lauk lebih *bodek* haha. Taktik yang sangat perlu bagi seorang pelajar. Kalau mood ramah tak tentu pasal aku menjelma, entah sesiapa pon aku boleh rancak berborak *yang entah aku sendiri tak jangka bila akan muncul*. Tapi kekadang berlaku jugaklah situasi macam ni :

aku : saye sekarang belajar (*()*)&_) makcik berapa orang anak? suami kerja apa? *gila family punya soalan*

makcik : AKAK sekarang ni dik... )(&*)_&*+_) *amboi... akak tau you ollz*

aku : O.o errrr.. ohh.. macamtu *terkedu dan tak tahu nak panggil apa*

p/s : kadang-kadang makcik tu anak dia sama umur atau lebih tua dari umur aku. 

Haa. Manusia bermacam ragam. Lelaki yang dah separuh abad panggil 'abang' takpe pulak kan. Tapi orang Malaysia ni memang ramah, kalau berhenti jalan-jalan kat R&R sekejap2 pon dapat kenal ramai orang terutama bila musim jammed tapi hati-hati lah ye. Boleh borak lagi dengan orang kereta sebelah takpon yang berlawan arus. Kalau kat depan ada jpj or sesiapa je lah buat roadblock mesti ada yang bagi highlight *wink wink* dibalas dengan hon tanda terima kasih. nampak kan sikap membantu ramah mesra. 

Sekian. 
gambar sekadar hiasan  :P

Don't get confused between my personality & my attitude. My personality is who i am,my attitude depends on who you are.

Wednesday, February 6, 2013

Melayu Melatah


Ya. Melayu. Melayu mudah melatah,
Iri hati, hasad dengki, dengan bangsa sendiri,
Akhirnya makan diri.

Kaji... kumpul bukti,
Ada akal, fikir banyak kali,
Jangan nanti mengetap gigi,
Mulalah nanti menuding jari,
Masing-masing nak lepas diri.

Andai benar bersedialah dengah hujah,
Jangan dek kerana mudah melatah,
Kata-kata jadi sampah,
Mulalah tabur fitnah,
Orang mula jadi menyampah,
Rasakanlah pecah belah, padah.

Melayu perlu berubah,
Jangan mudah melatah.



Monday, February 4, 2013

Kawan vs Lawan


Kawan. Definisi enteng jika dibanding dengan teman,
Justeru mudah dibuat lawan,
Kawan atas dasar kesenangan,
Kawan bukan untuk kesusahan,
Inilah diskripsi klise jadi pegangan.

Bagiku, ku temu istilah itu,
lebih bermakna.
Aku insan mudah berkawan,
Untukku cuba mencuri pengalaman,
Mencipta detik kenangan,
Demi secebis baki kehidupan.

Andai kawan tak diendah, tatkala ditimpa susah,
Itu lawan bukan kawan,
Penambah musibah, buat jiwa jadi resah,
Tambah rasa dengan fitnah, tanpa rasa serba salah,
Ini masalah.

Aku mencari makna kawan,
Yang sewajarnya pemancar kebenaran,
Tatkala insan dalam kesesatan, tersalah arah tujuan,
Bukan dibiarkan, apatah kritikan,
Berilah pesanan, mungkin pengajaran,
Kini tiada lagi alasan.

Rupanya sakit hadapi ujian, pencerahan jalan,
Akhirnya kutemui jawapan,
Kawan jadi lawan bukan teman,

Terima kasih Tuhan,
Alhamdulillah syukran. :)


p/s : sekadar berkongsi karya untuk bersama kita cakna.

Sunday, February 3, 2013

Bismillah - Making A Fresh Start

Bismillahirrahmanirrahim and Assalamualaikum,

Hi, I'm back as a blogger, I used to write before and quite loved it, but I stopped for personal reasons. Here I do some clearance of previous posts and still in planning to do some changes needed.

I would really love to write almost everything related to life, anything. Well, here is my territory. Do feels free to pay frequent visits here, I would gladly warm welcoming all of you, readers.

Hope this would be a fresh start and a useful one, inshallah.