Assalamualaikum
Nampak matang kan tajuk tu. Mungkin aku bukanlah insan yang layak nak kupas or nilai topik-topik ni, belum layak mengundi. Tapi sebagai suara minoriti yan entah siapa yang akan baca coretan ikhlas mahasiswa tempatan yang punya pendapat sendiri. Ye, memang semua orang punya pendapat peribadi. Atas dasar pendidikan yang telah mencorak dalam diri ini, aku semakin keliru dengan corak pemerintahan dan polemik politik negara.
Pertama, aku cuba menilai makna asal demokrasi. Secara mudah demokrasi membawa maksud kerajaan yang diperintah oleh rakyat. Haa, Malaysia pula mengamalkan demokrasi tak langsung. Nak lebih penjelasan pasal demokrasi ni boleh cari sendiri ye. Biasanya menteri-menteri dilantik sebab akrab dengan presiden parti dan kelayakan minima menyandang jawatan anggota parlimen so tak ramai lah yang dilantik sebab merit kecemerlangan dalam pendidikan. Tak percaya? Sila boleh banding menteri-menteri Malaysia dengan negara maju. Ops.. mohon jangan halau saya ke negara orang. perbandingan itu perlu bagi tambah baik.
Kedua, Islam sebagai modal perjuangan yang dipolitikkan. haa. apa yang anda fikirkan? mungkin anda fikir saye nak kondem PAS kan. Ye memang. Haha. Aku masih keliru kenapa perlu penggabungan dengan parti yang anda sudah sedia maklum itu. Dalam hal ni. aku lebih nak kondem penyokong mereka yang kononnya memperjuangkan Islam, tapi menghina corak perjuangan orang lain dan pendakwah yang tak menyokong mana2 yang cuba bagi nasihat pon kena bantai. Bagi aku lah kan, bagi membuktikan kita benar bukan dengan mencari kesalahan dan memburukkan orang lain. Tak kira lah kalau orang lain burukkan kita, tapi perbaikilah dengan kebenaran. Usaha penyokong ekstrim yang menilai tak sokong PAS tak Islam, nak negara ISLAM kena sokong PAS. Bagi aku lagi lah kan, Islam tu pada diri, ubah diri dulu. Sikap dan perangai serta mentaliti, baru para muslimin dipandang mulia sebab Islam tu sendiri dah cukup indah dan sempurna. Kita kan sesama Islam. Tak perlu rasanya Islam Pas or Islam Umno.
Ketiga, duit untuk rakyat. haa. Apa lagi? Sudah terang lagi kan bersuluh. Siapa yang tak suka duit, lagi-lagi aku yang mata duitan dan materialistik ni. Tapi istilah duit kerajaan mungkin perlu ubah sebab tu memang duit rakyat. Rakyat janganlah terlalu seronok dengan limpahan insentif yang diterima sebab tu semua kena bayar balik ye. dia macam rotation. bersedialah dengan kenaikan harga barang cukai semua bagai. Rakyat yang mengharap sangat bantuan tu berubahlah, orang yang berharta memang boleh beri anda bantuan tapi berusaha lah memperbaiki kewangan jangan hanya menagih simpati. sikap pemimpin yang tamak dengan harta nak kaya, apa yang anda dapat akhirnya? berjuta nasib rakyat nak jawab nanti kat sana. bila anda diberi amanah, berlaku adil lah. Andai yang dikejar tu kemajuan, nanti korang nak makan ke bangunan2 tu, mesin tu? usaha mempertingkatkan hasil pertanian jangan diabai. Percayalah, kalau Malaysia maju dengan pertanian, banyak harga barang boleh turun, selagi mana banyak bangunan je buat, nampak hebat tapi kalau minda rakyat masih cetek, fikirlah.
Keempat, pandai bercakap tapi tak mengundi. inilah yang banyak berlaku. bukan main lagi sokong sana sini. tapi akhirnya tak buat apa. lepas tu bising lebih. korang boleh tengok statistik pengundi Melayu, Cina dan India. Anda layak memilih pemimpin anda, tak kiralah anda minat atau tidak dengan politik, tak nak ambil tahu ke, tapi ini melibatkan diri anda, keluarga, masyarakat, negara. Haa... nampak impak dia. . jangan banyak bising pulak nanti. Ingat, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya takluk Kota Konstantinopel selepas 800 tahun, bukan bermakna pemimpin sebelum beliau duk rehat dalam istana, mereka berjuang mengorban nyawa bagi memudahkan usaha menakluki kota tersebut. Bagaimana Presiden Mursi boleh menang selepas 80 tahun ikhwanul muslimin dirancang oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana yang masa tu tak sempat pun nak mulakan.
Konklusinya, mungkin terlalu lama Umno memegang tampuk pemerintahan, dengan tempoh itu, bukan mudah untuk mana-mana parti lakukan perubahan drastik. Yang penting perubahan tu harus berlaku dalam diri kita sendiri, kalau tak, ubahlah mana-mana kerajaan sekalipun, kita tak fleksibel menerimanya. Contoh macam kat Mesir. Mungkin ada yang keliru dengan perjuangan Melayu dan Islam, tapi bagi aku lagi best kalau dua-dua ni bergabung. Penilaian bukan hanya lihat sebelah pihak, tapi nilai lah dari semua pihak terlibat. Anda yang layak mengundi tu dah besar, boleh fikir kan. Penting untuk saya ingatkan, saya belum layak mengundi, dan bila dah layak undi saya satu je, undi kan rahsia, tak salah rasanya untuk pergi ke mana-mana parti mendengar hujah untuk mudah nak nilai dengan jelas. jangan label bila pergi sana dia sokong itu ini. sekali lagi, undi kan rahsia.
Apapun, pelihara lah solat, jagalah hubungan sesama insan dan alam, jangan nanti ada yang menangguk di air yang keruh. Peace no War! :p